Monday, November 15, 2010

Ustaz Yahaya Kembali ke Rahmatullah..

Kg. Melayu Subang Tambahan bersedih di atas kehilangan seorang tokoh agama apabila Ustaz Hj Yahaya bin Hj Mohd Hashim Pengerusi Surau Al Malikus Solleh meninggal dunia pada hari Ahad yang lalu, Jenazahnya telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kg. Melayu Subang. Sebelum itu, bagi memberikan penghormatan di atas usahanya yang bersungguh-sungguh membagunkan surau baru, jenazahnya telah disembahyangkan di surau baru yang masih belum siap. Kira-kira 500 orang telah hadir, antaranya ialah Dato Mokhtar Dahlan, bekas ADUN Kota Damansara.

Ustaz Hj Yahaya  (70 tahun) telah menetap di KMST sejak lebih 15 tahun yang lalu. Beliau merupakan salah seorang pengasas Surau Al Malikus Solleh dan menjadi pengerusi sejak lebih 10 tahun yang lalu. 

Jawatan Pengerusi Surau Al Malikus Solleh kini telah diisi oleh Prof. Dr. Ir. Hj Jamaludiin bin Mat yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi. Sementara itu En. Ismail bin Dali telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi yang baru. keputusan ini telah dicapai dalam satu mesyuarat tergempar AJK Surau  yang diadakan di Surau malam tadi. Keputusan segera perlu diambil bagi memastikan kelancaran pentadbiran terutamanya yang melibatkan pembangunan surau.

No comments:

Post a Comment