Tuesday, November 23, 2010

KUDERAT untuk akhirat.

Surau Al Malikus Solleh telah memperkenalkan skim KUDERAT, iaitu singkatan bagi KUMPULAN DERMA KHAIRAT.  Dalam skim ini, pihak surau telah membuka peluang kepada ahli kariah dan orang ramai untuk menderma kepada surau dalam jumlah yang tetap setiap bulan. Peserta yang berminat diminta  mengisi borang dan menyatakan keinginan / komitmennya untuk menderma secara tetap kepada surau dalam jumlah yang ditetapkan sendiri oleh peserta mengikut kemampuan masing-masing.Ada yang memberi komitmen untuk menderma RM10, ada yang RM25 dan  tidak kurang juga yang sanggup memberi komitmen untuk menderma bulanan RM50.  AJK Surau akan membuat kutipan bulanan kepada peserta mengikut jumlah yang telah  ditetapkan oleh peserta.
.
Skim ini telah dilancarkan sejak Ogos lalu dan setakat ini  telah mempunyai 35 orang ahli  dengan jumlah komitmen sebanyak RM 745. Dengan adanya skim ini setidak-tidaknya Surau telah mempunyai sumber kewangan  bulanan yang tetap sebanyak itu yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan surau dan lain-lain aktiviti surau. Peserta juga berpeluang untuk mendisiplinkan diri mereka untuk  `Menabung secara tetap untuk akhirat'. Jika setiap bulan kita boleh membayar sehingga RM99 sebulan untuk ASTRO, kenapa tidak kita membayar sedikit untuk akhirat kita ?

Penyertaan skim ini sentiasa terbuka dan mereka yang berminat bolehlah menghubungi Setiausaha Surau.

MENABUNGLAH UNTUK HARI AKHIRAT ANDA.

No comments:

Post a Comment