Tuesday, November 23, 2010

KUDERAT untuk akhirat.

Surau Al Malikus Solleh telah memperkenalkan skim KUDERAT, iaitu singkatan bagi KUMPULAN DERMA KHAIRAT.  Dalam skim ini, pihak surau telah membuka peluang kepada ahli kariah dan orang ramai untuk menderma kepada surau dalam jumlah yang tetap setiap bulan. Peserta yang berminat diminta  mengisi borang dan menyatakan keinginan / komitmennya untuk menderma secara tetap kepada surau dalam jumlah yang ditetapkan sendiri oleh peserta mengikut kemampuan masing-masing.Ada yang memberi komitmen untuk menderma RM10, ada yang RM25 dan  tidak kurang juga yang sanggup memberi komitmen untuk menderma bulanan RM50.  AJK Surau akan membuat kutipan bulanan kepada peserta mengikut jumlah yang telah  ditetapkan oleh peserta.
.
Skim ini telah dilancarkan sejak Ogos lalu dan setakat ini  telah mempunyai 35 orang ahli  dengan jumlah komitmen sebanyak RM 745. Dengan adanya skim ini setidak-tidaknya Surau telah mempunyai sumber kewangan  bulanan yang tetap sebanyak itu yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan surau dan lain-lain aktiviti surau. Peserta juga berpeluang untuk mendisiplinkan diri mereka untuk  `Menabung secara tetap untuk akhirat'. Jika setiap bulan kita boleh membayar sehingga RM99 sebulan untuk ASTRO, kenapa tidak kita membayar sedikit untuk akhirat kita ?

Penyertaan skim ini sentiasa terbuka dan mereka yang berminat bolehlah menghubungi Setiausaha Surau.

MENABUNGLAH UNTUK HARI AKHIRAT ANDA.

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha disambut dengan penuh keinsafan..


Hari Raya Aidil Adha di sambut dengan penuh keinsafan oleh kariah Surau Al Malikus Solleh. Kebanyakan AJK dan ahli kariah masih bersedih dan amat terasa kehilangan Ustaz Yahaya. Walaubagaimanapun, legasi, cita-cita dan komitmen Allahyarham Ustaz Yahaya akan diteruskan oleh AJK dan ahli kariah. En Abu Zaren, setiausaha surau, dalam ucapan ringkas sebelum solat sunat hari raya memaklumkan bahawa AJK telah mengadakan mesyuarat tergempar dan telah memilih Timbalan Pengerusi Surau,  Prof Dr Ir  Hj Jamaludin bin Mat sebagai pengerusi yang baru. Manakala jawatan Timbalan pula diisi oleh En Ismail bin Mohd Dali. 

Dr Jamaludin  dalam ucapan ringkasnya pula menyeru ahli kariah memberi teguran dan pandangan bagi menambahbaik program dan pentadbiran surau. Beliau juga menyeru ahli kariah untuk memberi sumbangan bagi membangunkan bangunan baru surau dengan berusaha mencari dana ataupun turut serta dalam gotong royong yang diadakan setiap dua minggu sekali. Setakat ini beliau amat berbangga dengan komitmen ahli kariah yang telah banyak membantu pembangunan surau.yang sehingga kini telah mencapai 50%. walaupun masih tidak mendapat  sebarang bantuan dari agensi kerajaan.

Sembahyang sunat Aidil Adha kali ini diimamkan oleh Tuan Hj Mat Amin bin Hamezah dan khatibnya pula ialah Tuan Hj Md Shariff bin Othman. Kira-kira 300 orang telah hadir. Selesai sembahyang para jemaah bergotong royong menyempurnakan ibadah korban 5 ekor lembu.  Alhamdulillah tahun ini lembu-lembu korban gemuk-gemuk belaka, diperolehi dari `Wak Api' penternak lembu yang pernah menetap di KMST satu ketika dahulu.Daging korban telah diagih-agihkan kepada anak-anak yatim dan mereka yang kurang kemampuan di KMST, selebihnya diagih-agihkan kepada ahli kariah.

Monday, November 15, 2010

Ustaz Yahaya Kembali ke Rahmatullah..

Kg. Melayu Subang Tambahan bersedih di atas kehilangan seorang tokoh agama apabila Ustaz Hj Yahaya bin Hj Mohd Hashim Pengerusi Surau Al Malikus Solleh meninggal dunia pada hari Ahad yang lalu, Jenazahnya telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kg. Melayu Subang. Sebelum itu, bagi memberikan penghormatan di atas usahanya yang bersungguh-sungguh membagunkan surau baru, jenazahnya telah disembahyangkan di surau baru yang masih belum siap. Kira-kira 500 orang telah hadir, antaranya ialah Dato Mokhtar Dahlan, bekas ADUN Kota Damansara.

Ustaz Hj Yahaya  (70 tahun) telah menetap di KMST sejak lebih 15 tahun yang lalu. Beliau merupakan salah seorang pengasas Surau Al Malikus Solleh dan menjadi pengerusi sejak lebih 10 tahun yang lalu. 

Jawatan Pengerusi Surau Al Malikus Solleh kini telah diisi oleh Prof. Dr. Ir. Hj Jamaludiin bin Mat yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi. Sementara itu En. Ismail bin Dali telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi yang baru. keputusan ini telah dicapai dalam satu mesyuarat tergempar AJK Surau  yang diadakan di Surau malam tadi. Keputusan segera perlu diambil bagi memastikan kelancaran pentadbiran terutamanya yang melibatkan pembangunan surau.

Thursday, November 11, 2010

Surau akan korban 5 ekor lembu

Majlis korban akan diadakan di Surau Al Malikus Solleh selepas solat sunat Aidil Adha pada 17 hb Niv. nanti. . 5 ekor lembu sudah pasti untuk majlis tersebut. Demikian dimaklumkan oleh Ustaz Hj Yahaya ketika mempengerusikan Mesyuarat AJk Surau malam tadi.  Mesyuarat malam tadi juga membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan persiapan menyambut hari raya Aidil Adha. Antaranya, surau akan mengadakan gotong royong pada hari Ahad 14 hb Nov bermula jam 8.30 pagi.

Sementara itu En. Abu Zaren melaporkan bahawa pembinaan surau baru berjalan dengan lancar walaupun sedikit perlahan. kebanyakan struktur utama bangunan telah siap, kini kerja-kerja finishing telah mula dijalankan dan ini memerlukan perbelanjaan yang agak banyak. beliau menyeru semua AJK dan ahli kariah beusaha lebih gigih untuk membantu mengisi tabung pembangunan surau yang semakin nipis. 

Berikut adalah senarai keperluan bahan binaan bagi menyiapkan surau baru.


BIL
BAHAN BINAAN
ANGGARAN KUANTITI
ANGGARAN HARGA *(RM)
1.
Pasir  Halus
3 lori besar
1,650
2.
Pasir Kasar
3 lori besar
1,650
3.
Batu Bata
10 palet
2,000
4.
Simen
300 beg
4,800
5.
Besi
2 ikat
3,800
6.
Atap genting
5,700  kp
14,100
7.
Kubah Besar
1 Unit
15,000
8.
Kubah Kecil
2 unit
10,000
9.
Pintu  dan tingkap
-
25,000
10.
Jubin lantai (tile)
5,900 k/p
17,700
11.
Siling
5,000 kp
15,000
12.
Pendawaian elektrik
-
8,500
13.
Lampu /plug
250
6,250
14
Kipas
40
8,000
15.
Air/ Paip dan tandas

3,000

*Kos pemasangan/pembinaan tidak termasuk.

Friday, November 5, 2010

Mesyuarat AJK Pembangunan 04 Nov

Mesyuarat AJK Pembangunan surau telah diadakan pada 04 Nov 2010. Dalam mesyuarat tersebut AJK telah menerima kutipan derma sebanyak RM3,750.00 . Telah menjadi kelaziman setiap kali mesyuarat, Ahli jawatankuasa yang hadir akan menyerahkan hasil kutipan derma masing-masing kepada bendahari. Setakat ini AJK Pembangunan telah berjaya mengutip kira-kira  RM 86,000. Walaubagaimanapun, perbelanjaan pembinaan surau sehingga kini  telah menjangkau RM130,000. Perbelanjaan yang lebih tu sebahagian besarnya telah didahulukan oleh Dato' Jaafar.

Monday, November 1, 2010

STATUS PEMBANGUNAN SEHINGGA 01 NOV 2010

Sehingga 01 Nov 2010 atap surau sedang dipasang. Atap second hand diperolehi hasil sumbangan seorang kontraktor. Ianya dibawa khas dari Kuala Kubu Bharu . Atap masih elok lagi.. Nanti kita cat cantik macam baru.. Pihak AJK amat mengalu-alukan sebarang sumbangan bahan-bahan binaan macam ni. Second hand pun kalau boleh diguna, kenapa tidak?   Lagi pun surau ni kita bina sendiri, bukan kita kontrak kan.. boleh lah kita adjust sikit..