Assalamualaikum wb..
Surau Al Malikus Solleh terletak di Kg. Melayu Subang Tambahan, Shah Alam Selangor. Surau ini telah dibangunkan pada awal 1990an oleh peneroka asal Kg. Melayu Subang Tambahan dengan hasrat dan tujuan untuk menjadikannya tempat beribadat, berkumpul dan menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Pada awalnya penduduk kampung mendirikan surau ini secara bergotong royong dengan sumber kewangan hasil sumbangan penduduk kampung sendiri. Ini adalah kerana pada waktu itu Kg. Melayu Subang Tambahan masih lagi berstatus setinggan sehinggalah pada tahun 2005 apabila Kerajaan negeri Selangor pada ketika itu telah memberikan anugerah hakmilik tanah kepada penduduk kampung.Selepas itu Terdapat juga sedikit bantuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan bagi membaikpulih surau ini tetapi ianya adalah amat minimum.
Sepanjang terdirinya surau ini berbagai bagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan telah dijalankan, antaranya kuliah mingguan, kursus keagamaan dan keraian hari kebesaran Islam.
Kini setelah hampir 20 tahun, Surau Al Malikus Solleh menjadi semakin uzur.AJK Surau Al Malikus Solleh pada tahun 2009 telah memutuskan untuk membangunkan sebuah bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama.AJK Pembangunan Surau telah dibentuk dan permohonan membina bangunan surau baru telah dikemukakan kepada JAIS dan telah diluluskan pada 09 hb Sept 2009.Setelah itu AJK Pembangunan Surau telah bertungkus lumus mencari dana dan telah memulakan pembinaan surau yang baru. Alhamdulillah, walaupun masih belum mendapat bantuan dari pihak kerajaan, pembinaan surau baru terus di sedikit demi sedikit dengan perbelanjaan hasil sumbangan dari ahli kariah dan orang ramai.
Pihak surau amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan bagi menjayakan pembangunan surau ini.
No comments:
Post a Comment