Sunday, October 31, 2010

MESYUARAT AJK PEMBANGUNAN SURAU SETIAP DUA MINGGU

Mesyuarat AJK Pembangunan Surau AMS diadakan dua minggu sekali. Biasanya diadakan pada malam Jumaat, minggu pertama dan ketiga di rumah Dato' Jaafar, pengerusi AJK Pembangunan Surau. Mesyuarat turut disertai oleh AJK Derma Surau. Dalam mesyuarat tu AJK akan membincangkan perkara yang berkaitan pembangunan surau, terutama sekali yang berkaitan dengan kutipan derma/sumbangan.

Sumber kewangan selalunya amat terhad..  Pihak Kerajaan samada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan sampai sekarang masih belum dapat membantu pembangunan surau. Alasannya budget dah habis.. Jadi terpaksalah AJK bertungkus lumus mencari derma dari orang perseorangan, dan syarikat-syarikat tertentu..

Wednesday, October 20, 2010

LATAR BELAKANG

Assalamualaikum wb..
Surau Al Malikus Solleh terletak di Kg. Melayu Subang Tambahan, Shah Alam Selangor. Surau ini telah dibangunkan pada awal 1990an  oleh peneroka asal Kg. Melayu Subang Tambahan dengan hasrat dan tujuan untuk menjadikannya tempat beribadat, berkumpul dan menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. 

Pada awalnya penduduk   kampung mendirikan surau ini secara bergotong royong dengan sumber kewangan hasil sumbangan penduduk kampung sendiri. Ini adalah kerana pada waktu itu Kg. Melayu Subang Tambahan  masih lagi berstatus setinggan sehinggalah pada tahun 2005 apabila Kerajaan negeri Selangor pada ketika itu telah memberikan anugerah hakmilik tanah  kepada penduduk kampung.Selepas  itu  Terdapat juga sedikit bantuan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan bagi membaikpulih surau ini tetapi ianya adalah amat minimum.
Sepanjang terdirinya surau ini berbagai bagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan telah dijalankan, antaranya kuliah mingguan, kursus keagamaan dan keraian hari kebesaran Islam.

Kini setelah hampir 20 tahun, Surau Al  Malikus Solleh menjadi semakin uzur.AJK Surau Al Malikus Solleh pada tahun 2009 telah memutuskan untuk membangunkan sebuah bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama.AJK Pembangunan Surau telah dibentuk dan  permohonan membina bangunan surau baru telah dikemukakan kepada JAIS dan telah diluluskan pada 09 hb  Sept 2009.Setelah itu AJK Pembangunan Surau telah bertungkus lumus mencari dana dan telah memulakan pembinaan surau yang baru. Alhamdulillah, walaupun masih belum mendapat bantuan dari pihak kerajaan, pembinaan surau baru terus di sedikit demi sedikit dengan perbelanjaan hasil sumbangan dari ahli kariah dan orang ramai.

Pihak surau amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan bagi menjayakan pembangunan surau ini.