Thursday, July 14, 2011

SYUKUR, KUBAH SURAU SELAMAT DIPASANG


14 Julai 2011, keempat-empat kubah surau selamat dinaikkan sejurus sebelum  waktu zohor. Kempat-empat kubah yang terdiri satu kubah besar, dua buah kubah  kecil dan sebuah kubah menara selamat dinaikkan dengan menggunakan kren yang disewa khas. kerja-kerja pemasangan kubah turut disaksikan oleh Dr Jamaludin, Dato Jaafar dan sebahagian AJK Surau.

Debaran menaikkan kubah amat dirasakan apabila kubah besar mula diangkat kira-kira jam 12.00 tengahari, diikuti oleh kubah kecil dan kubah menara. Kerja-kerja menaikkan kubah siap sepenuhnya pada pukul 1.05 tegahari.  Surau Al Malikus Solleh merasa bangga kerana kubah tersebut merupakan buah tangan ahli kariah surau sendiri. Dari mula rekabentuk hinggalah pembuatanya,  semuanya dihasilkan oleh ahli kariah surau.  Pembikinan  kubah tersebut memakan belanja tidak sampai RM20 ribu. berbeza jika ditempah dan dibuat oleh orang luar yang memakan belanja tidak kurang dari RM50 ribu..

Wednesday, June 29, 2011

DATO HJ SHAMSHUDIN SUMBANGAN RM10,000

Dato Hj Shamshudin bin Hj Nor dari Pantai Bharu Holding telah bermurah hati menderma sebanyak RM10,000 bagi tujuan pembangunan surau. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh beliau di pejabatnya di Kelang pada 29 hb Jun 2011 kepada wakil  Surau Al Malikus Solleh iaitu En Ismail Dali, Timbalan Pengerusi Surau beserta Hj Shariff dan En Abu Zaren. Sumbangan tersebut merupakan sumbangan peribadi  Dato Hj Shamshudin yang sebelum ini telah membuat lawatan ke tapak surau yang dalam pembinaan.
Setakat ini pembinaan surau berjalan dengan baik dan berada di peringkat terakhir pembinaan.

Tuesday, May 10, 2011

AJK PEMBANGUNAN SASAR 15 JULAI SIAPKAN SURAU BARU

AJK pembangunan akan cuba menyiapkan bangunan surau baru pada atau sebelum 15 Julai 2011. keputusan itu dicapai dalam mesyuarat AJK Pembangunan yang telah diadakan di runah Dato Jaafar baru baru ini.  Satu majlis ringkas akan di adakan sempena pembukaan surau baru tersebut yang kebetulan besamaan dengan Nisfu Saaban.

Setakat ini projek pembangunan surau berjalan dengan lancar dengan kerja-kerja `finishing' sedang giat dilaksanakan. AJK Pembangunan  pula bertungkus lumus mencari dana untuk  menampung kos bagi menyiapkan bangunan baru tersebut.

Thursday, April 7, 2011

DATO BUSHRO SUMBANG RM5,000

YB Dato' Ir Mohd Bushro telah bermurah hati memberikan sumbangan peribadi sebanyak RM5,000 kepada Dana Pembangunan Surau Al Malikus Solleh. Sumbangan tersebut telah disampaikan  kepada  Hj Md Sarip bin Othman, Imam Surau Al Malikus Solleh pada 06 April 2011 di pejabatnya di Kota Damansara. Dalam pertemuan ringkas tersebut, beliau menyatakan rasa bangga atas usaha yang dijalankan oleh AJK Surau yang berupaya membangunkan surau baru walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.

Sebelum ini beliau telah melawat tapak pembinaan surau untuk melihat perkembangan pembangunannya. Walaupun beliau bukanlah ADUN Kota Damansara, tetapi persahabatan yang akrab dengan ahli kariah surau ini menjadi pendorong kepada beliau untuk turut serta menyumbang bagi membangunkan surau ini dan membangunkan  siar Islam di Parlimen Subang.

Thursday, January 27, 2011

MAIS LANJUTKAN TEMPOH KUTIP DERMA

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)  telah memberi kebenaran dan melanjutkan tempoh membuat kutipan derma khairat pembinaan surau sehingga Julai 2011. Surat bertarikh 27 hb Januari 2011 itu  memberi kebenaran kepada tujuh orang wakil Surau Al Malikus Solleh untuk membuat kutipan derma berkuatkuasa dari 01 Februari 2011 sehingga 01 Julai 2011.

Jawatakuasa surau terpaksa  memohon untuk melanjutkan tempoh kutipan derma yang telah tamat pada bulan September 2011 memandangkan pembinaan surau masih belum siap lagi. Setakat ini kerja-kerja pembinaan bagi Fasa 1 telah mencapai 65 %. Baki 35% lagi perlu disiapkan dan pihak AJK Pembangunan memerlukan kelulusan MAIS bagi meneruskan kutipan untuk  mengisi tabung bagi membiayai pembinaan surau yang belum siap.

Jawatankuasa Pembinaan Surau merayu kepada ahli kariah dan orang ramai untuk tampil memberi sumbangan agar surau ini dapat disiapkan dengan secepat yang mungkin.

Monday, January 24, 2011

SURAU BUKA AKAUN BARU DI MAYBANK ISLAMIC

AJK Surau Al Malikus Solleh telah membuka akaun yang baharu di Maybank Islamic cawangan Subang Perdana U3 pada 12 Januari 2011. Nombor akaun tersebut ialah 5620 8552 3231. Pembukaan akaun baru tersebut adalah kerana permintaan ramai penderma yang mahukan perbankan yang lebih mudah dan cawangan yang lebih banyak. Dengan akaun maybank ini , penderma boleh menderma melalui MAYBANK 2 U ataupun melalui CDM Maybank. (cash deposit machine) yang banyak terdapat di seluruh negara.

Akaun bank yang lama (Public Bank) masih beroperasi tetapi akan dikurangkan sedikit demi sedikit dan akhirnya akan ditutup.